CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 13, 2011

tiada tajuk


Hari ni badan tidak sedap, hati berbisik-bisik, badan terasa lemah, mata kadang kala terasa berat berbekalkan bunyi guruh di luar, ya air hujan menyirami bumi dengan lebatnya, selebat air mata seseorang jika berada dalam kesedihan. Tidak siapa tahu kenapa hati sering kali tersentuh jika mengetahui sesuatu yang agak sadis. Aku jua tidak pasti apa yang aku ingin cuba sampaikan. Kata-kata dari hati sering kali benar dan tulus. hurm, mengeluh seketika, bukan mengeluh kerana merasakan hal ini berat tetapi mengeluh rasa ingin tahu apakah yang hati cuba ungkapkan. . .

"Jika ada 10 orang yang sayang padamu, aku pastilah di antaranya. Jika hanya satu yang menyayangimu, orang itu adalah aku, dan jika tiada lagi yang menyayangimu, maka bererti aku telah pergi meninggalkan dunia ini."

:'(
tidak tahu apa yang cuba di ungkapkan.

1 comment:

awak kacak awak lawa tengah comment