CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

hujan :")


erm hujan dekat luar buat aku tanak keluar dari selimut. pertama kalinya aku menulis entry bila balik Melaka. sebelum ni kalau balik Melaka confirm sibuk punya ^^. tanak keluar tanak keluar pun tadi aku dah keluar pergi Mydin terbesar kat Melaka teman ibu nenek dan makngah aku pergi membeli dan membelah barang dapur, aku ingat ibu nak ajak aku pergi mydin yang macam kat kl tu, sempit gila dengan pendatang asing. tapi mydin sekarang dah maju dah macam tesco. haha ramai sangat, berapa jam cari parking, hujan lebat pulak tu, aku tolak troli sambil mata lelap sebab mengantuk, haha memang ibu, nenek dengan angah membeli macam bawak kereta alphard ke pajero ke. grr ibu ni myvi tau, grr :)

tapi bukan nak cerita pasal mydin, aku nak cerita pasal Keratapi Tanah Melayu (KTM), lantak la tak kena topik, haha haritu, aku tak ingat la tarikh, aku dengan kawan aku sorang ni pergi la menuju ke destinasi, kitorang memang rancang nak guna kenderaan awam je. malas la nak drive, duit lagi. aku memang tinggal habuk hama je dalam poket. lagipun dah lama aku tak naik ktm rindu pulak, teringin juga nak naik coach wanita tu, warna pink lagi. saya loike betul, bagus ada coach wanita, takde la gangguan gangguan yang menakutkan lagi, aku pernah kena, argh tak suka naik ktm dulu sebab tu lah.
kawan aku pun pernah kena rembat hp dia even letak poket depan, haih pelik. aku pun pernah tengok sendiri depan mata aku kena ragut dalam train. takut, aku rasa macam fobia dah lepas tu, sangat dengeresh  tau, haa untung laa dah ada coach khas, tapi yang peliknya aku ingat kan kalau ada lelaki sekali je yang berebut-rebut, tolak tolak, ni semua perempuan pun nak tolak tolak, sabar sabar la bukannya takde train lain lepas ni. grr train pertama aku gagal naik sebab aku asik kena tolak je aku dari elok elok dapat tengah tiba tiba aku dah dekat belakang, grr mak ai, nak tunggu train kedua patah kaki aku berdiri, nak je aku duduk kat tepi landasan tu zaman sekolah dulu, tak tahan sangat duduk je dulu dgn muka tak malu. bhaa eyupp ktm sekarang memang lambat waktu ketibaan, memang lenguh , boleh putus urat, haha tipu. dah himpit himpit kat dlm train tu memang tak bernafas la, memang bau semua enak enak lagi  lagi balik kerja ^^. tengah sesak sesak tu aku terpandang pulak seorang hamba Allah ni, eyy pelik betul aku kenapa dia ada dalam coach 'wanita' ni. aww lelaki bertopengkan wanita la, haa macam mana boleh lepas dekat situ aku pun taktau, agaknya dia dah lupa dia jantina apa. adeh best jugak cakap sorang sorang buat luahan hati, bluekkk. haha korang kalau sebelum nak naik train kena buat persediaan pertahanan badan, :P sebab wanita zaman sekarang agak kuat dan ganas, nanti kalau korang yang pada mulanya beratur depan sekali asik kena tolak sampai pergi belakang sekali memang sampai bila bila kau duduk lah kat platform tu ok, haha ;p mungkin aku tak terlepas barangkali :) jadi kepada lelaki diluar sana sila berhati hati ya. :) apa kena mengena? haha lu pikir lah sendiri. tskkkk

muka salah seorang yang naik ktm, ketinggalan zaman betul, orang lain dah lama naik coach wanita, muak dah kot, warna dah sama. ishh

Thursday, January 20, 2011

girls....if you're in love :)

this entry are so the jiwangness, so just close your eyes and feel it. tak payah baca if you got a big EGO! :)

sobs!
True love is tricky to define, but here's how to know if what you feel is the real deal.

YOUR COMFORTABLE NOT WEARING MAKEUP AROUND HIM.
When you dont stress about covering up a zit, it means you can let down your guard and show him the real you. You trust that he's not going to make fun of you or judge you.

YOU FEEL YOUR BEST WITH HIM.
Instead of worrying if he likes you or not, you'll know you fell in love because being around your guy makes you feel more confident and sure of yourself in every way.

YOU LIKE HIS IMPERFECTIONS.
Most relationships starts with attraction, but being in love helps you recognize the quirky things that make a guy special. Even more important, you wont want to change them!

YOU'RE OKAY WITH FIGHTING
 If you want to find a new guy after every argument, you're just crushing. When you're in love, you choose to work through your disagreements because you know how much you enjoy having him in your life.

LASTLY, YOU DONT WANT TO PLAY GAMES. !
In the beginning, you may test him by flirting with other guys and checking to see if he gets jealous. When you're in love, he doesn't have to kepp proving himself to you over and over. Instead, there is a deeo trust that you can rely on.

  First :')

For me love is something that unpredictable, you never realizes it when it comes. We also never knew what tomorrow brings. hmpph just take care of your love. and you'll be fine because if you trust each other will make you relation more longer. no lying no fighting! Find a guy who makes you a better person. You are who you're around. And if i dont want to be like you, i dont want to be around you. fullstop iloveyouso AF :)


Wednesday, January 19, 2011

Malaccarian. IM PROUD :)

*agak blur sedikit, maaf :)
sedang aku berjalan berjalan tiba tiba mata aku terpaku dengan kehadiran visitors. aww chakk.
IYA DONG, dari melaka katanya. siapakah? adakah Asri Fazer yang selalu mengendap blog aku nih. haha mungkin tidak. dia itu sibuk banget. hee ;P ahhh persetankan. saja jah buat entry ni, pelik. aha maybe sebab aku memang asal dari Melaka. Walaupun aku tak menetap di sana tapi hati ku terpahat di Melaka. hahha blah! ecehhh biau la. yaa orang Melaka akan menukarkan R menjadi U.
contoh :

1) pagar sama dengan pagau.
2) biar sama dengan biau.
3) ular sama dengan ulau. 

banyak lagi yang aku belum belajar dari AF ni, hee selalu gelakkan orang kan kalau tak faham? grr tapi ada lagi kalau nama seseorang satu mesti ada DAK.
contoh :

1) keemai* keemai, sorry pinjam nama jap nak buat contoh. ok sama dengan DAK keemai, bukan DARK keemai atau DUX or   DAX ye adik adik, adik pergi sekolah kan? jangan rosakkan bahasa melayu ye adik, aww cikgu ni ;P
2) aten sama dengan DAK aten.

tu nama panggilan je. bukan loghat. hee best kan comel je bunyi, walaupun dah berusia tetap juga ada DAK kat depan nama. yelah DAK kat singkatan BUDAK. hapa lah. haha kiranya sentiasa BUDAK je lah. ahha awet muda! kampung aku bukanlah kat bandar Melaka pun, Alor Gajah, dah dekat dengan Tampin, Negeri Sembilan, so kebanyakannya memang ke arah nogori lah. aku suka :) suka dengar dorang borak. hee kalau ada kenduri tu ha keluau la semua perkataan yang, haha ;p keluau=keluar, salah satu darinya* atas ni, tak semuanya la. ni yang familiar la. ala biasa la setiap negeri ada loghat dan panggilannya masing masing. itu lah lambang setiap negeri kan. mu pahe tok kawe kecek gapo nih? * ha tau la korang kan dari mana asal usulnya seseorang itu melalui loghatnya kan, senang je. heh

so rajin rajin lah melawat Melaka ya, kawan kawan aku kalau korang nak datang Melaka bagitahu la, nanti boleh bawak aku jalan sekali, even aku orang Melaka tapi tak habis lagi aku melawat. Haha tahu! :) so juga kepada visitors dari Melaka yang sudi melawat tu trimas tau. hee nanti boleh belanja coolBlog, sebab anda sangat cool! hehe maybe pelawat tu DAK eleen ke, hehe tak pun makngah aku ke, maksu aku ke. mana tau dorang rajin baca blog aku. haha ;p Dont be a person who always think negatively fatin nazihah! ok see ya! ;D

TERIMA KASIH, KALAU ADA SALAH SILAP TERKASAR BAHASA HARAP DIMAAFKAN :). 
ikhlas, 
Fatin Nazihah 

Thursday, January 13, 2011

tiada tajuk


Hari ni badan tidak sedap, hati berbisik-bisik, badan terasa lemah, mata kadang kala terasa berat berbekalkan bunyi guruh di luar, ya air hujan menyirami bumi dengan lebatnya, selebat air mata seseorang jika berada dalam kesedihan. Tidak siapa tahu kenapa hati sering kali tersentuh jika mengetahui sesuatu yang agak sadis. Aku jua tidak pasti apa yang aku ingin cuba sampaikan. Kata-kata dari hati sering kali benar dan tulus. hurm, mengeluh seketika, bukan mengeluh kerana merasakan hal ini berat tetapi mengeluh rasa ingin tahu apakah yang hati cuba ungkapkan. . .

"Jika ada 10 orang yang sayang padamu, aku pastilah di antaranya. Jika hanya satu yang menyayangimu, orang itu adalah aku, dan jika tiada lagi yang menyayangimu, maka bererti aku telah pergi meninggalkan dunia ini."

:'(
tidak tahu apa yang cuba di ungkapkan.

Sunday, January 9, 2011

i love my creepy, messy hair! haha

cukup 4 tahun aku memBELAi rambut, haha sekarang dah sampai bawah ok bawah sedikit dah nak sampai pinggang. last aku potong rambut lepas spm. agak lama. macam macam jenis rambut dah aku buat curly, straighten semuanya  lah. haha bleach pun pernah. grr cukup rosak rambut aku. haha kau nak? yaa hujung rambut saya agak rosak, :( dan setiap kali itu aku akan trim sendiri. rambut panjang memang memenatkan nak jaga, shampoo aku cepat betul habis. haih dan the most important memang cukup banyak rambut gugur, ==' oihhh time mandi tak payah cakap la. tarik sikit ada je yang melekat kat tangan. huaa mintak aku dijauhkan dengan apa apa penyakit. hurm ada juga niat nak potong rambut tapi tah lah sayang rasanya, last last aku selalu potong fringe je. haha pantang panjang sikit confirm aku potong, lebih suka potong sendiri, saving pun saving, kalau dekat salon dorang selalu salah potong, grr potong pendek sangat atas kening! haa dah macam muka apek aku dengan dahi jendulnya. haha without fringe aku rasa agak luas dahi aku. haha kawan kawan aku kebanyakkannya suruh aku potong, try rambut pendek, erm takut la nanti rambut dah tak nak panjang, takot dia terkejut dah kena potong dan merajuk! ahha gila la kau ni ten. haha dan ada seorang pakcik ni dia tak bagi aku potong! grr dia kata kalau aku yang potong, dia pun potong rambut dia, lepas tu nanti dia sedih nanti. haha sekeh kepala dia nanti boleh tak ? :D

PESANAN : rambut ni tak kemana pun, satu hari nanti aku akan pakai hijab. aku pasti :') sekali dah pakai dan tak akan bukak lagi, kalau nak bertudung, biar tutup betul betul kan :) bukan kejab on kejab off :) dan doakan aku lebih cepat memakai hijab ya :) hee insyAllah :') last but not least, we love  HANA TAJIMA! ;p

random


The key to life
Be weird. Take random pictures. 
Do something no one else would expect you to do. 
Talk to someone you never would. Be someone people think you aren’t.
Show who you really are. Don’t hide under your smile.

Friday, January 7, 2011

jusco. my old jusco


well hello
semalam aku pergi teman ibu pergi jusco, jalan jalan dari duduk rumah menggemukk haha
gua jalan punya jalan, ramai betul budak  freshie spm kerja, haih teringat dulu gua kerja dengan nad, my bestfriend, lama tak jumpa dia, rindu kau NADIA, rindu nak tunggu ko mandi time na pergi kerja. haha <3 rindu nak cuci cuci mata. haha joke. yeahh aku boss pulak kan. haha tipu. saya admit, saya promoter JUSCO yang setiap kali nak masuk stor atau kawasan pekerja kena tunduk dekat pintu before masuk kawasan pekerja *aku tak tahu nama dia apa. best! WAJIB tunduk. aku pun tak tahu sebab apa kena tunduk sambil pandang cctv. tapi selama aku kerja tak nampak pun cctv. maybe sebab jusco ni Japan punya. so kena HAIT! haha before jusco aku pernah kerja mines kejap, PONEY, kid's clothing. Best jugak, baju comel comel. haha but unfortunately aku kerja 3 hari je. haha sebab kena BULI. maybe bukan buli, tapi aku tak tahan aku sorang melayu rasa macam boring, then kena buat kerja yang haih, maleh la na cerita :) haa ok enough, kau suka melalut la ten, bukan nak cerita pasal silam aku dulu pun. saja je. haa
jangan pandang aku sebelah mata! ^_*

ok dah jalan jalan tu, aku masuk memory lane, iskk besarnya bear! rasa nak cakap kat ibu " i want that bear, gantikan dengan bear orang yang dah lembik tu!" ahah aku nak peluk time tidur. grr wuaa dah besar dah aku tapi bila la nak betul betul dewasa! bukan bukan aku suka bear, dalam bilik dah penuh bear tapi semua dah tak best dah tak comel sebab adik aku selalu pinjam sebab nak bergusti dengan bear. pelik, tapi benar! yaa time aku pergi kelas dia amik, sian bear aku lembik dah badan dia tak sedap nak peluk! ==' ok boleh muntah sekarang. hahahha mahal weyhh, :( dah la tengah zero money! takpa tunggu aku kerja nanti aku nak beli yang besar tuh. hah siap kau! sob sob :(
yang macam ni lah tapi yang besarr punyaa :D
ohh maaf ini bukan bear tu ini si keding, haha lantak.
ee jeles, haha both taylor sweet . tapi da break up kan? pinjam bear taylor swift!

cakap sendiri, sendiri sakit.

dah tahu dah
penat nak cakap, malas nak cakap.
kadang kadang aku cakap, aku terasa sendiri.
sakit hati sendiri, GILA.
cakap dengan diri sendiri pun sakit jugak.
nak buat apa lagi ini?
grr sedihnya :'(

malas lah nak fikir ==''

Thursday, January 6, 2011

rahsia si bedetot. :)


Tahu tak bedetot tu apa? bedetot tu tahi lalat la. haha sebab apa bedetot aku pun tak tahu. haha
saja nak share kelebihan tahi lalat :)
dulu kecik kecik aku selalu tanya ibu kenapa panggil tahi lalat, ada lalat berry ke dekat muka orang ni? hehe sengal. haha bila dah besar ni aku cakap pulak kat boboy gemok yang ada lalat dah berry kat muka dia. Haha dia dah nak nangis, padan muka dia kena tipu, haha tapi aku sempat pujuk. bahahha

Ermm boleh kira manusia semuanya mempunyai tahi lalat. Dekat mana mana pun boleh ada tahi lalat. Orang tua tua cakap kalau ada kat muka tu manis, maknanya aku ni manis ke? Hahah tawar kot. bahhaha ceh! aku ada tau tahi lalat kat muka dekat dagu belah kanan. aww Dato Siti gitu. ahha amboi amboi amboi *azwan ali kegemaran kau punya trademark. Haha Ini adalah sekadar informasi saja nak share, jangan pulak percaya 100%. haha hampeh! tapi macam mana pulak eak kalau tahi lalat yang ada timbul then berbulu tu? erkk erm ada effect tak? huu

 tu diaa boboy, haha
                                                 
Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

*sumber dari tertentu :) thanks :)

ha pilih lah yang mana satu tahi lalat yang ada. hehe ni untuk suka suka je lah . :)) kepada yang ada tahi lalat tu tak payah la nak buang guna laser ke limau nipis ke apa ke. tak payah membazir. cantik apa weyh, kurniaan Allah SWT, terima jelah. bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting kita bersyukur masih bernafas lagi kat dunia ni. hurm pelik betul dengan orang yang suka ubah ubah ni, dah cantik cantik pun tak pueh hati lagi. grr "cucuk tang sini la, tang sini la" haha dialog fav aku dalam cerita Pendekar Bujang Lapok :) 
so biarkan je la tahi lalat tu, tak menggangu apa pun. huh
ok lah teremo pulak. haha sorry. 

SELAMAT BERTAHI LALAT! :D



Sad story. A very sad story

supppppppppp!
Bukan sup ayam tapi apa diatas! bhahaa
hye hello hey. 
whoa busuk betul blog aku ni kan, bau air liur basi tau. ee hampeh! dah lama blog ni tidur, takde sapa pun kejutkan. Bacin la. Haha okay okay, rindu aku tak? mesti tak kan. yelah siapa la aku nak dibandingkan dengan Fatin Liyana, aku Fatin Nazihah je. Haha ntah ntah aku syok sendiri, padahal takde sorang pun baca blog aku. haha biaq pi la. aku act nak share cerita sedih, yelah sedih la. nak tak? tak nak takpe la, aku nakkan jugak. ;p 

okeng 1 January 2011, Sabtu
tsk tsk hari the only one my lovely kakak tunang. kenapa sedih? kejab lagi la cakap. malu la. *mampos ckp sorang-sorang. Haha
aku adalah orang yang sangat kuat, erm i mean orang kuat majlis ni. haha bertungkus lumus tahu aku. macam aku pulak yang nak tunang. Takpa, ambil feel, atau lebih spesifikasi ambil aura sikit. haha gatal kau aten. ahh
malam new year aku memang best duduk depan tv sambil godek godek bt goodies bag. haha lepas tu macam biasa sambil menyelam minum air, apa lagi makan la, bukan minum air. haha  nasib baik aku di temani sahabat baik aku Fiffy Liyana Ameyrra. kalau takde dia jangan harap aku nak bg goodies bag ni. haha tapi malam new year ada something yang menyakitkan hati betul la. malas nk cerita. senang cerita si stalker aku ni la. haih #&*^%&% merepek. forget it. jadi aku dapat dengar je la fireworks dari luar. grr tak dapat dengar katy Perry nyanyi lagu Fireworks. Dengar cerita Katy Perry datang A'Famosa Resort sebab nak pergi Cowboy Town. Ok i've lied. ya saya tipu. :) cheh! back to the entry esoknya maka sahlah kakak aku jadi tunangan orang. :') to abang najib. jaga kakak saya elok elok ok. Jangan macam macam :D Selamat Bertunang!

cantik kau kak :') kau jarang make up, bila make up. wow! berubah :))
yang belah kiri tu lah yang tunang sebenarnya :D


 TERBAIK! si bingar bingar. haha
tu jelah yang eden mampu tunjuk, Mr A pun ada. bahhaha ;p hurm yang sedihnya, tapi takde la sedih sangat. Tapi bagi aku ya. Aku ta sangka la kak ko dah tunang, nanti ko dah khawin, aku nak tidur mana? sob sob :( nanti ko mesti tanak join dah jalan almaklumlah dah nak jadi isteri orang takan perangai ko na macam aku lagi? hehe ;p then nanti aku kena la join lelaki lelaki kat atas ni. ee takmau! nanti kena buli. gedik betul kau ni aten. haha btw tahniah ya kak, jaga diri. awak tu berdarah manis gula gula. takecare LOVE you :')