CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 18, 2011

melupakan dan memaafkan :)

Assalamualaikum wbt 

supp! hee moga sihat sihat comel comel la awokk semuoo. ngee erm haha sekarang ni aku tengah lapar gila. motif cakap kat sini? haa nak suruh korang belanja la :D haha kidding, so bila lapar ni, oksigen tak sampai ke otak, jadi agak lembb sikit la, haha jap ada kena mengena ke? memang sah #wrongfact . haha  

ok back to the enteriii, tentang melupakan dan memaafkan, apa sama dengan ke melupakan bau kentut orang yang tak sengaja terkentut time kita tengah melantak makan dah terus memaafkan ketidaksengajaan itu? haha entah lah, korang jawab la ;p

ok firstly nak cakap pasai melupakan, lupa, pelupa, terlupa, melupai, melupakan. haa banyak kan? adakah 'ter' tu kita boleh terima? 1001 alasan, bagi aku kalau 'ter' tu kadang-kadang boleh kasi makan dalam jugak la, haha takpa la individu lain tu dia 'ter', jawapan kita pun 'ter' tacing macing la, haha fair and square ke? kot ;p usually, benda yang kita senang nak lupakan, benda tu la mungkin kita akan ingat balik, yeke? maybe kalau kita amik masa yang lama untuk forget something yang so freakin bad, insyaAllah kita takkan ingat dah sebab dah terlampau en terlalu ingat before ni so tibanya masa kita dah lupakan la, takan sepanjang hidup kita nak fikir benda yang sama je, come on la, kita ada life kita sendiri, takda paedahnya kita ingakk, baik kita lupa, kita pun happy lalu makan la banyak kasi gumukk, haa tapi orang cakap, orang selalu akan ingat yang buruk je, benda yang baik kita buat orang akan ingat jugak, tapi mungkin jarang. mungkin orang cakap senang just lupakan tapi ada jenis orang yang susah sikit nak melupakan sebab mungkin ia melibatkan hati, hati ni payah sikit, ermm pokok pangkal dia hati, betul tak? aku rasa better kita lupakan slow2,even amik masa, takpa la mungkin lepas tu kita boleh amik ikhtibar, nak buat macam mana, semua orang melakukan kesilapan, kita bukan siapa-siapa nak menghukum orang, tu semua kerja Allah SWT. manusia boleh berubah, InsyaAllah , ceh hehe


ermm mungkin cara terbaik untuk melupakan dengan memaafkan, :) ok benda ni basic tau, kita biasa dengar, "maafkan je la, fasha" , " ala dia dah mintak maaf tu kira ok la, maafkan je, bukan susah pun fasha" haha jab apasai asik fasha je, aku bukan peminat dia la, saya lagi suka fazura! ;P ngee perkataan akar maaf tu sebenarnya maksud dia besar tau, ingat senang ke nak mintak maaf bagi yang kepala batu dan tak mengaku salah dan ingat senang pulak ke nak jadi seorang yang pemaaf. kalau kau seorang yang pemaaf, kau memang seorang yang kuat dan tabah! :) tapi jangan la anggap bila kita selalu je buat salah then kita minta maaf  dan dimaafkan dah macam satu ticket pulak untuk kita selalu buat silap dengan orang lain, bila kita mintak kita maaf apa yang kita harap supaya kita ingat salah yang kita dah buat then belajar dari kesilapan. untung kalau orang tu seorang yang pemaaf, kalau orang tu jenis yang berdendam, ha camno tu? manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain. hurm huu macam mana agaknya kalau orang yang mintak maaf tu betul betul kesal dengan apa yang dia buat dan betul nak berubah, tapi kita pula keras hati tanak maafkan, dan orang yang mintak maaf dan nak berubah tu adalah kita sendiri, tak rasa macam kritikal ke situasi tu, hurm memang la susah kita nak terima, aku faham sebab aku pun pernah ada dalam situasi antara nak forget and forgive atau forget and regret, taktau mana yang betul sebab agak keliru dengan situasi tu, sama ada nak terima or tidak, erm well, senang cerita lagi sekali, semua orang buat silap, kita pun kadang-kadang buat ada silap dengan ibu ayah kita ke kawan -kawan ke, cepat cepat kan kita mintak maaf, :) sama dengan la, hee

entry ni tiada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia, menulis melalui apa yang aku rasa dan aku fikirkan. actually aku tulis pun untuk nasihat diri aku sendiri, sebab aku ni kadang-kadang agak cepat tersentuh en kadang-kadang tu agak sukar nak lupa something hurm tp senang nak memaafkan tapi bukan dalam satu aspek je, semua aspek pun macam tu. ermm lagipun nak fikir sesuatu dengan lebih panjang dan dengan cara yang lebih matang. tak perlu lah kita nak cerita tu cerita ni tentang kesalahan orang lain, tak dapat apa-apa pun, apa yang kita dah pernah lalui kita ambil, simpan dan kita buat sebagai pengajaran. mana tau mungkin satu hari nanti manusia tu boleh berubah, semoga berjaya :')

i dont forgive people because im weak, i forgive them because im strong to know people make mistakes :)

p/s kepada semua orang yang saya dah pernah lakukan kesilapan, mintak maaf sangat, mungkin tak sengaja, sekurang-kurangnya saya mintak maaf even sukar untuk memaafkan, dan kepada yang sebaliknya, saya dah lama memaafkan kerana saya ingin melupakan apa yang dah jadi, tak pernah ada niat simpan dalam hati. kita mungkin tidak dapat untuk menjadi yang terbaik tapi kita mencuba untuk menjadi lebih baik. siapa tahu esok lusa adalah saat terakhir kita bernafas di dunia yang sementara ni :) ya jadi melupakan dan memaafkan mungkin lebih baik, insyaAllah...
LET BYGONES BE BYGONES 

No comments:

Post a Comment

awak kacak awak lawa tengah comment