CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 24, 2011

apabila si gadis mudah jatuh cinta dengan si teruna...

c-i-n-t-a
siapa yang tak suka bab ni, aku suka sikit, yess sebab aku seorang wanita. kenapa pulak? lelaki tak boleh suka bab ni? ohh boleh, :) mengikut pandangan aku la, dari environment semua, aku rasa wanita memang mudah nak jatuh cinta, lagi lagi jika lelaki itu pandai mengambil hati dia. memang mudah melting lah =='

kenapa ya? sebab apa perempuan ni mudah nak membiarkan hati dia dibuai perasaan cinta. cheh ayat tak boleh blah, haha
maybe,

1) perempuan mudah jatuh cinta bila ada lelaki yang buat something yang lain dari lain yang sangat istimewa untuk si gadis, membuatkan hati wanita tadi mudah cair dan mula lah hadirnya perasaan suka dan mungkin jatuh cinta kerana wanita berhati lembut.

2) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki tadi pandai bermain dengan kata-kata, sering menyatakan janji-janji, mengucapkan kata kata yang jiwang la senang, then perempuan tu mudah la terpaku dengan janji-janji tadi. erm contoh seperti bila lelaki itu mengucapkan 'onefourthree' <3 tapi para wanita harus berhati-hati!
3) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki selalu mengambil berat tentang dirinya, tak kira la sikit ke banyak, yang penting care, contohnya, bila sakit ke, si wanita mengalami masalah ke then lelaki tu tolong or memberi semangat kepadanya supaya tidak patah semangat. jadi timbul lah bibit bibit cinta. ;p

4) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki tadi menjadi pendengar yang setia, maksudnya, wanita berasa sangat selesa disamping lelaki itu lagi lagi bila wanita tadi berkongsi kisah suka dan duka, dan lelaki itu pula menjadi pendengar yang setia. auu soo sweet 

5) perempuan mudah jatuh cinta bila ada lelaki yang bermain gitar lalu menyanyikan sebuah lagu khas untuknya, lagi lagi bila lagu itu memang dicipta untuknya :')

6) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki itu bersungguh-sungguh menyukai apa yang wanita itu suka, semua perkara, contohnya hobi, lagu. walaupun perkara itu lelaki itu tak pernah terfikir sekali untuk melakukannya, lelaki tadi benar-benar membuatkan wanita itu jatuh cinta!


7) perempuan jatuh cinta bila dia dalam keadaan terluka dan sedih, lelaki itu akan hadir menemaninya, dan menenangkan hatinya, lalu mengelap air matanya yang mahu jatuh ke muka bumi. tskk

8) last but not least, perempuan mudah jatuh cinta dengan lelaki yang sanggup buat apa saja demi dirinya, yang baik, jujur dan ikhlas mencintai dirinya tanpa di paksa :')) juga menghormati dirinya dan kedua orang tuanya. tambahan lagi, bila lelaki itu menerima dia seadanya dan menghargainya, *ini paling tepat!

aku tersenyum seketika. dan yang paling penting dan tepat sekali adalah cinta, kasih dan sayangnya kita kepada ALLAH SWT , ini adalah cinta sejati. benar benar erti cinta, hurm wanita memang mudah jatuh cinta tetapi ini tak bermaksud bahawa hatinya mudah untuk dilukai, jangan ketika bercinta ja semuanya manis, jika ada jodoh, bila sudah hidup bersama lagilah pentingnya untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing, dan mengambil hatinya. 

jika ada semua symptom di atas!, sah korang dah jatuh cinta. haha choit, jangan lah pendam pendam ok. tak boleh tahan nanti! melepas sudah!  hee ini semua melalui apa yang aku nampak dan rasa, entah lah, mungkin!
trimas sudi baca! spread the love, take care :)

saya jatuh cinta? ouchh hati saya saja yang tahu :')) <33! 
 yes we are, and yeahh, its you ACERI!

No comments:

Post a Comment

awak kacak awak lawa tengah comment