CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 17, 2011

awas! berhati hati dengan hati!

dup dap dup dap jantung aku berdegup.

malam ni sayu, tiba-tiba aku nak cakap pasal hati, tetapi berangkai-rangkai perihal hati, wahai hati, semua orang ada hati, ada naluri tersendiri. tapi kita selalu mengikut kata-kata dari hati, hati kita boleh berkata kata, siapa tahu. orang selalu cakap "ikutkan hati dah lama budak ni aku pukul" ikutkan hati? boleh ke kita ikutkan hati? mungkin boleh tapi ada masanya. hati kita sebenarnya amatlah suci, tetapi bila ada makhluk ketiga, hati yang suci tadi boleh 'terkotor' apabila mendengar hasutan. ish susah betul nak menjaga hati kan, ya sangat susah jika orang itu tidak mempunyai hati, hati perut. bukan setakat hati orang lain, sampaikan hati sendiri pun susah nak jaga, apatah lagi nak jaga hati orang lain. tetapi ada juga si penjaga hati, yang terlalu menjaga hati, kalau begitu, bersyukurlah. 

nak cakap pasal hati boleh tergolong sekali dengan perasaan, yalah kalau ada benda yang melibatkan hati sudah tentu memberi tindak balas kepada perasaan contohnya, kalau hati kita telah dicuri, maksud lain, kita jatuh hati antara sesama manusia, kemudian semestinya akan melibatkan perasaan dan bertukar berasa gembira, bahagia. mungkin. tapi, jika hati terluka, lalu bertindak balas ke atas perasan dan berasa sedih, lalu jatuhnya titisan air yang sangat berharga, air dari takungan di mata, jatuh ke muka bumi. tipulah kalau kita semua tak pernah merasakannya. tolong buang ego sekejap boleh?

*gambar hiasan
dipermainkan oleh hati? tapi dari hati orang lain? ish memang pahit rasanya. hari ni aku seperti merasa apa yang sahabat baik aku rasa, sakit, apabilah hati diperbodohkan, dicemari oleh kata-kata dan janji manis. aku dengar dia menangis, aku tau dia seorang yang tabah, lagi lagi baru ni dia menerima dugaan yang lebih besar dari Allah SWT, Allah menduga kita dengan pelbagai dugaan, ada hikmah barangkali, hurm memang mudah untuk jatuh hati, tetapi apabila kita dah berjaya memegang sekeping hati itu, semuanya akan berubah, kita mungkin terleka, kadang-kadang kita terlupa, ada yang berfikir "tak mengapa jika dia berkecil hati denganku, kerana dia sangat cinta, kasihkan aku, tak mungkin dia berubah hati" stop, nampak disitu, rendahnya nilai sekeping hati baginya, sangat mudah, sampai bila si hati mahu bertahan dengan 'kecilan hati' tadi? si pemilik hati bukannya boneka atau barang hiasan yang hanya terletak ditempat yang sama tanpa dijaga nilainya, hurm tapi hati tidak boleh dibohongi sama sekali, dan bila ia terjadi, akan ada hati yang terluka, mungkin kita tak tahu mana silap kita, kita memberi hati kerana adanya kepercayaan. kita insan biasa yang mudah jatuh cinta, mungkin disitu silapnya. 

sekarang, tangisan pula, tangisan yang timbul apabila hati tersentuh atau terluka, pernah menangis tanpa sebab? ya aku pernah, aku tersangat la pelik. dulu, aku selalu ditemani oleh airmata. menangis adalah satu kepuasan bagi aku walaupun ia menyakitkan, membengkakkan, menjadikan mata seperti mata panda. mata bengkak, hati pun bengkak, bagus la pakej. tetapi selalunya kita menangis ada sebab tertentu, sekali saja  aku menangis tanpa sebab. itu dulu bila sepi menemaniku, bila gelap mendampingi aku, ah persetankan kisah lama. life must goes on, kita jangan sentiasa berada di takuk yang lama. kita sendiri yang kena berusaha untuk menjadi yang lebih baik. hurm tapi ok apa, menangis dapat membersihkan mata. sangat fakta, 

jadi, perihal hati juga amat penting, kita mungkin tidak dapat dapat menjaga semua hati, tapi sekurang-kurangnya kita juga punyai hati sama seperti orang lain, jadi kita tak perlu menyakiti atau melukai hati orang lain, ibaratkan itu hati kita. bila adanya ketidakpuasan hati, takut, takut timbulnya sifat benci-membenci, dengki khianat antara manusia, kita disini musuh-memusuhi, makhluk ketiga bertepuk tangan tanda kegembiraan. ya kita semua tahu tindak balas negatif terhadap perihal soal hati, hargailah hati selagi mampu, jagailah hati jika masih ada, tolong, jangan bermain dengan hati. awas! berhati hati dengan hati!
hati, u are the only exception. hayley! aku sayang kau, kau selalu faham aku T_T

notakaki: hati aku cakap aku ni mengada-ada tapi aku cakap, tak la, sikit jah. sensentap bagai ^^

No comments:

Post a Comment

awak kacak awak lawa tengah comment