CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

hujan :")


erm hujan dekat luar buat aku tanak keluar dari selimut. pertama kalinya aku menulis entry bila balik Melaka. sebelum ni kalau balik Melaka confirm sibuk punya ^^. tanak keluar tanak keluar pun tadi aku dah keluar pergi Mydin terbesar kat Melaka teman ibu nenek dan makngah aku pergi membeli dan membelah barang dapur, aku ingat ibu nak ajak aku pergi mydin yang macam kat kl tu, sempit gila dengan pendatang asing. tapi mydin sekarang dah maju dah macam tesco. haha ramai sangat, berapa jam cari parking, hujan lebat pulak tu, aku tolak troli sambil mata lelap sebab mengantuk, haha memang ibu, nenek dengan angah membeli macam bawak kereta alphard ke pajero ke. grr ibu ni myvi tau, grr :)

tapi bukan nak cerita pasal mydin, aku nak cerita pasal Keratapi Tanah Melayu (KTM), lantak la tak kena topik, haha haritu, aku tak ingat la tarikh, aku dengan kawan aku sorang ni pergi la menuju ke destinasi, kitorang memang rancang nak guna kenderaan awam je. malas la nak drive, duit lagi. aku memang tinggal habuk hama je dalam poket. lagipun dah lama aku tak naik ktm rindu pulak, teringin juga nak naik coach wanita tu, warna pink lagi. saya loike betul, bagus ada coach wanita, takde la gangguan gangguan yang menakutkan lagi, aku pernah kena, argh tak suka naik ktm dulu sebab tu lah.
kawan aku pun pernah kena rembat hp dia even letak poket depan, haih pelik. aku pun pernah tengok sendiri depan mata aku kena ragut dalam train. takut, aku rasa macam fobia dah lepas tu, sangat dengeresh  tau, haa untung laa dah ada coach khas, tapi yang peliknya aku ingat kan kalau ada lelaki sekali je yang berebut-rebut, tolak tolak, ni semua perempuan pun nak tolak tolak, sabar sabar la bukannya takde train lain lepas ni. grr train pertama aku gagal naik sebab aku asik kena tolak je aku dari elok elok dapat tengah tiba tiba aku dah dekat belakang, grr mak ai, nak tunggu train kedua patah kaki aku berdiri, nak je aku duduk kat tepi landasan tu zaman sekolah dulu, tak tahan sangat duduk je dulu dgn muka tak malu. bhaa eyupp ktm sekarang memang lambat waktu ketibaan, memang lenguh , boleh putus urat, haha tipu. dah himpit himpit kat dlm train tu memang tak bernafas la, memang bau semua enak enak lagi  lagi balik kerja ^^. tengah sesak sesak tu aku terpandang pulak seorang hamba Allah ni, eyy pelik betul aku kenapa dia ada dalam coach 'wanita' ni. aww lelaki bertopengkan wanita la, haa macam mana boleh lepas dekat situ aku pun taktau, agaknya dia dah lupa dia jantina apa. adeh best jugak cakap sorang sorang buat luahan hati, bluekkk. haha korang kalau sebelum nak naik train kena buat persediaan pertahanan badan, :P sebab wanita zaman sekarang agak kuat dan ganas, nanti kalau korang yang pada mulanya beratur depan sekali asik kena tolak sampai pergi belakang sekali memang sampai bila bila kau duduk lah kat platform tu ok, haha ;p mungkin aku tak terlepas barangkali :) jadi kepada lelaki diluar sana sila berhati hati ya. :) apa kena mengena? haha lu pikir lah sendiri. tskkkk

muka salah seorang yang naik ktm, ketinggalan zaman betul, orang lain dah lama naik coach wanita, muak dah kot, warna dah sama. ishh

No comments:

Post a Comment

awak kacak awak lawa tengah comment