CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 27, 2011

macaroons! saya nak berkenalan dengan awak!

Assalamualaikum w.b.t
erm sekarang ni jam menujukkan pukul 12.33 pagi, kalau waktu macam ni biasa nya, cinderella dah balik rumah dan tengah tidur nyenyak dah lepas kena kejar T_T ahha tapi berlainan pulak dengan aku, time time macam ni, perut aku selalu berbunyi, cacing cacing mintak tolong carik kan makanan. hahahaha* gelak macam bangang
aku bukan apa, teringat pulak tiba tiba, aku memang dah lama nak makan makanan ni, macaroons! apa itu, haha entah aku pun tak pernah makan, tapi bila aku tengok gambar gambar macaroons, tergugat impian aku nak buat sit up nak kempiskan perut. haha aku tau pun dari kakak aku, dia yang tanya aku haritu. lama dah, mari kita ikuti perbualan ni, haha gila

kakak : ten, ko pernah makan macaroons? 
nazihah : tak la kak, apakah? macaroni apa? haha 
kakak : bukan la, kalau macaroni, takda la aku nak tanya kau, grr macaroons tu macam cookies kot, selalu diorang jual sekali dengan cupcakes ke * nada menyirap, haha
nazihah : mana aku tau :( haha sedap ke? 
kakak : entah lah, nampak macam sedap, dekat kl banyak, takkan ko tak pernah? cuba kau google kejap.
nazihah : gherr tau la aku kuat makan, tapi tak semua makanan aku tahu ==', kak, macaroons ni kaler dia mengacam betul, sedap lah, aku nak!
kakak : haha nanti kalau kau dah makan, kau bgtahu aku sedap ke tak.
nazihah : yolah kakak oi, nanti den gtau la ang. haha 

A macaron is a confectionery whose name is derived from an Italian word “maccarone” or "maccherone". This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient.. It is meringue-based: made from a mixture of egg whites, almond flour, and both granulated and confectionery sugar *dari wikipedia
nakk!
serious, aku teringin sgt, dah lama mengidam dah macaroons ni, colour dia pula umangai, orang cakap luar dia rangup, dalam dia lembut. auu sedapnya! apa yang aku tau susah nak dapat kat Malaysia, kalau ada pun harga dia baik :)) haha erm tak silap aku, pavilion ada, dekat Godiva dan dan Stelle Cafe. aku pun tak pergi lagi, nanti la dengan korang sekali sebab boleh la belanja sekali, heh harga seketul macaroons ni dalam rm2.50 yang dekat Stelle Cafe ni, kalau Godiva mungkin dalam rm14 hengget seketui! erkkterputus selera aku,  haha m ni banyak perisa so korang boleh pilih, perisa durian pun ada, macaroons ni cute la, kalau aku beli macam sayang je nak makan, gila. korang boleh jugak buat sebagai hadiah, macam gantikan dengan coklat pulak. hee so sweet, 
colourful gila, macam dorayaki pun ada tapi versi kecik. nakk weyhh!
notakaki : saya takda duit tapi selera besar, acanane? haha kalau korang dah makan dulu, bgtahu kesedapannya dekat saya sekarang! saya tengah mengidam T_T kbai

Thursday, February 24, 2011

apabila si gadis mudah jatuh cinta dengan si teruna...

c-i-n-t-a
siapa yang tak suka bab ni, aku suka sikit, yess sebab aku seorang wanita. kenapa pulak? lelaki tak boleh suka bab ni? ohh boleh, :) mengikut pandangan aku la, dari environment semua, aku rasa wanita memang mudah nak jatuh cinta, lagi lagi jika lelaki itu pandai mengambil hati dia. memang mudah melting lah =='

kenapa ya? sebab apa perempuan ni mudah nak membiarkan hati dia dibuai perasaan cinta. cheh ayat tak boleh blah, haha
maybe,

1) perempuan mudah jatuh cinta bila ada lelaki yang buat something yang lain dari lain yang sangat istimewa untuk si gadis, membuatkan hati wanita tadi mudah cair dan mula lah hadirnya perasaan suka dan mungkin jatuh cinta kerana wanita berhati lembut.

2) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki tadi pandai bermain dengan kata-kata, sering menyatakan janji-janji, mengucapkan kata kata yang jiwang la senang, then perempuan tu mudah la terpaku dengan janji-janji tadi. erm contoh seperti bila lelaki itu mengucapkan 'onefourthree' <3 tapi para wanita harus berhati-hati!
3) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki selalu mengambil berat tentang dirinya, tak kira la sikit ke banyak, yang penting care, contohnya, bila sakit ke, si wanita mengalami masalah ke then lelaki tu tolong or memberi semangat kepadanya supaya tidak patah semangat. jadi timbul lah bibit bibit cinta. ;p

4) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki tadi menjadi pendengar yang setia, maksudnya, wanita berasa sangat selesa disamping lelaki itu lagi lagi bila wanita tadi berkongsi kisah suka dan duka, dan lelaki itu pula menjadi pendengar yang setia. auu soo sweet 

5) perempuan mudah jatuh cinta bila ada lelaki yang bermain gitar lalu menyanyikan sebuah lagu khas untuknya, lagi lagi bila lagu itu memang dicipta untuknya :')

6) perempuan mudah jatuh cinta bila lelaki itu bersungguh-sungguh menyukai apa yang wanita itu suka, semua perkara, contohnya hobi, lagu. walaupun perkara itu lelaki itu tak pernah terfikir sekali untuk melakukannya, lelaki tadi benar-benar membuatkan wanita itu jatuh cinta!


7) perempuan jatuh cinta bila dia dalam keadaan terluka dan sedih, lelaki itu akan hadir menemaninya, dan menenangkan hatinya, lalu mengelap air matanya yang mahu jatuh ke muka bumi. tskk

8) last but not least, perempuan mudah jatuh cinta dengan lelaki yang sanggup buat apa saja demi dirinya, yang baik, jujur dan ikhlas mencintai dirinya tanpa di paksa :')) juga menghormati dirinya dan kedua orang tuanya. tambahan lagi, bila lelaki itu menerima dia seadanya dan menghargainya, *ini paling tepat!

aku tersenyum seketika. dan yang paling penting dan tepat sekali adalah cinta, kasih dan sayangnya kita kepada ALLAH SWT , ini adalah cinta sejati. benar benar erti cinta, hurm wanita memang mudah jatuh cinta tetapi ini tak bermaksud bahawa hatinya mudah untuk dilukai, jangan ketika bercinta ja semuanya manis, jika ada jodoh, bila sudah hidup bersama lagilah pentingnya untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing, dan mengambil hatinya. 

jika ada semua symptom di atas!, sah korang dah jatuh cinta. haha choit, jangan lah pendam pendam ok. tak boleh tahan nanti! melepas sudah!  hee ini semua melalui apa yang aku nampak dan rasa, entah lah, mungkin!
trimas sudi baca! spread the love, take care :)

saya jatuh cinta? ouchh hati saya saja yang tahu :')) <33! 
 yes we are, and yeahh, its you ACERI!

mimpi terkadang boleh menjadi kenyataan

dup dap dup dap,
lagi sekali hati aku macam tak keruan. cheq taktau la pasai pa.

ouh nak cerita pasal mimpi malam tadi, taktau la malam tadi ke pegi tadi ke, tapi yang pasti ia mimpi sebab bangun bangun je aku tengok takda pape yg jadi ;P entah kenapa akhir-akhir ni aku dapat mimpi yang pelik. mesti ngingau sekali, sebab fiffy cakap dulu waktu dekat hostel, hari-hari aku mengigau, sampai dia pun takut dengan aku, nasib zaman hostel tak boleh bawak handphone, kalau tak mesti kau rakam aku mengigau kan sayang, haha mengigau apa ya, peluk kau la, nyanyi untuk kau la, cubit kau la, tu la sapa suruh tdoq dengan aku, haha lepas tu lagi satu, yana pulak selalu cakap badan aku ni panas je, tak suka tdoq sebelah aku, org merajuk la dengan yana* haha
ok, berbalik pada mimpi tadi, aku mimpi, erm perempuan jadi lelaki, lelaki jadi perempuan. OhMenarikGila, whathefake? aha kelakar aku dah dapat bayangkan kalau lelaki jadi perempuan, dan buat kerja macam perempuan, terutamanya pasal perasaan macam perempuan :)
macam mana la eah kalau lelaki jadi perempuan. nak try tengok sikit!

1) first sekali, lelaki makeup, 
kalau lelaki pun perlukan makeup macam wanita habislah tak tahu macam mana nak bezakan kot mana lelaki, mana wanita., haha sekarang dah ada rasanya.

2)lelaki mengandung
ouh hai, aku dapat bayangkan lelaki mengandung, dengan badan tuff tuffnya, ada muscle bagai, tiba tiba mengandung, haha so sweet. gila. haa ingat senang ke nak bawak nyawa lagi 1 dalam perut, banyak dugaan tau. so hargailah ibu anda :)  ramai jugak sekarang lelaki perut buncit, mengandung la tu tak ngaku! ;p

3)lelaki kuat merajuk, menangis
oppss ha ni aku suka, macam mana ea, kalau lelaki tu jadi wanita, mudah sangat tersentuh, mudah sangat menangis then merajuk, korang rasa korang boleh handle ke? nampak so tak machoo la. mukda dah ensem2, tapi ada cendol plak, takmo la. ha kalau macam tu jangan la sesekali korang lukakan hati wanita, macam tu la, kalau wanita yang lukakan hati para lelaki :) sakit tahu nggak!

4)lelaki kuat membebel
setakat ni aku belum pernah jumpa lagi lelaki yang banyak mulut, bercakap 24/7. kalau ada kalah la wanita, sebab sure lelaki pun nak menang. haih lelaki sekarang pun dah kuat gosip, buat ketupat bila berkumpul ramai kan. grr

5) lelaki menyusukan anak
ini memang langsung tak patut, aku malas nak cerita. haa

dan yang keenam aku rasa entry aku kali ni tak betul, merepek, so korang takyah la baca. buang masa. merepek. sebab aku tengah layan perasaan . ok bai!

saya sedang usaha :)

hello hi,
lama tak update, ikutkan hati memang malas pun, plus keadaan berukband yang agak labi-labi, dan dan wifi yang lembap, memang aku takkan guna wifi kat rumah, boleh panjang rambut aku tunggu reload page.

arghh memang la minggu ni, semuanya aku berasa malas, malas, malas. minggu yang paling lemah sekali. memang kehabisan mood aku dah. hurm biaq pi la. toksah dok ikut sangat la haih, so bila kekurangan mood, jadi pengubatnya, yahh semestinya makan makan dan makan. tapi aku pulak rasa lemah je badan, demam kura kot, ehe tapi selera ada je, tu tipu la takda. ==' jadi dengan segala muka tak malunya aku ajak maklong aku pi makan  makanan yang aku dah lama aku tak makan, ceh ala bukan cool sangat pun, meatball je, korang mesti selalu makan, aku tak, jarang, jauh eh la nak pergi sana, haa serious aku dah lama tak makan, setiap kali korang update pasal meatball, confirm2 air liur aku meleleh. *terkebil-kebil

jadi pagi tu aku dah siap-siap dengan ibu dan adik, ansur la kami kerumah maklong kami ya, dekat jah bukit jalil. tunggu along, tunggu punya tunggu, pun bergerak la ke ikea. lama dah tak jalan area sana, damansara, last aku pergi pun dengan acap tahun lepas ^^
10 biji, tak cukup ni ;p
7 biji, sikit sikit lama lama tingil sikit :)
1 budak hitam dah tinggal ;p
haha kuat betul kau makan aten, bukan ni je aku makan, meal ibu pun aku bedal, haa kuat makan la sekarang, memang dah banyak kolestrol dah ni, haa dah makan makan, beransur la pulak membuat exercise dalam ikea, ibu dengan along cakap nak tengok jah tanak beli, memang tengok je, grr dah penat situ ibu ajak pergi gulati's plak, nak beli kain dengan tudung katanya :) aku tak, aku tengok je. dan aku banyak lebih mendiamkan diri hari tu, entah la taktahu kenapa, heh haa aku amik gambar dengan boyfie boyfie yang kepala batu ni,
ha thats my brahh! memang selalu kena sekeh 2 kepala. ouh lagi sorang tidoq kat rumah, dia mana nak ikut, tak hensem katanya ikut, jap* hensem ke kau?
lepas tu apa lagi balik la, naik kejang kaki ni ha. sampai je rumah, hurm takda pape la. cecite cecite? takmoh la cecite, biaw jew leww, biaw akuw en diew jew taw, hurm sokay ateng sokay ateng, :) mencuba ok.
ok nanti update pasal makanan yang ada lagi 1 aku nak makan makang! :)

notakaki: tak payah nak eeyeww sangat lah, aku tau ko pun nak makan meatball kan, jom la kau belanja? ;P chaih, gurau je la! eeyeww eeyucks! haha chillax. hurm

Friday, February 18, 2011

si gadis panjang

gambaran lama. benci lah time ni ;p
haha si gadis panjang, laki bini tinggi ni, ahha keyya, trimas bawak aku jalan jalan hari tu. even aku yang drive pun, sbb kau bawak aku pegi museum la, planetrium bagai, rindu pulak tadika, hahha trimas jugak dekat panjang, apam dengan shakban, ahha kelakar la korang. act aku memang tgh stress time tu, kalau tak memang aku tanak keluar dengan korang tapi takpe la lagipun dah lama tak jumpa kau makcik, haha aku asik balik kampung je* haha grr dah la before nak sampai kl sentral, hanya Allah je yang tau, nasib baik aku tak accident, nasib baik aku sempat brake emergency, kereta dari link kiri nak masuk kanan sebab nak u-turn, main nak masuk je dengan takda signal kau, aku dah lah tengah drift, *tipu* sampai terbukak seat belakang, ya allah, mengucap panjang aku. kalau tak sempat brake, memang ish la, memang depan belakang hancur, sebab tengah laju, kereta belakang banyak, syukur alhamdulillah aku takda apa2, kalau tak, takde dah kau jumpa aku, memang kau melawat aku kat hospital la. tskk trauma weyh, first time aku dalam keadaan macam tu, mengiggil aku sampai la jumpa kau keyya. takpa la aku maafkan orang tu even dia terus blah. grr entah macam mana kau dapat lesen tak tahu la aku. hurmm alhamdulillah aku masih disini tengah menaip ;p

jadi berhati-hati la di jalan raya, ingat lah orang yang tersayang, dah ingatlah orang lain walaupun kau tak sayang dan tak kenal, sebab boleh menyebabkan nyawa orang lain terkorban! grr ok bai
apa apa pun, thanks again nurul fauqiah <3

Thursday, February 17, 2011

awas! berhati hati dengan hati!

dup dap dup dap jantung aku berdegup.

malam ni sayu, tiba-tiba aku nak cakap pasal hati, tetapi berangkai-rangkai perihal hati, wahai hati, semua orang ada hati, ada naluri tersendiri. tapi kita selalu mengikut kata-kata dari hati, hati kita boleh berkata kata, siapa tahu. orang selalu cakap "ikutkan hati dah lama budak ni aku pukul" ikutkan hati? boleh ke kita ikutkan hati? mungkin boleh tapi ada masanya. hati kita sebenarnya amatlah suci, tetapi bila ada makhluk ketiga, hati yang suci tadi boleh 'terkotor' apabila mendengar hasutan. ish susah betul nak menjaga hati kan, ya sangat susah jika orang itu tidak mempunyai hati, hati perut. bukan setakat hati orang lain, sampaikan hati sendiri pun susah nak jaga, apatah lagi nak jaga hati orang lain. tetapi ada juga si penjaga hati, yang terlalu menjaga hati, kalau begitu, bersyukurlah. 

nak cakap pasal hati boleh tergolong sekali dengan perasaan, yalah kalau ada benda yang melibatkan hati sudah tentu memberi tindak balas kepada perasaan contohnya, kalau hati kita telah dicuri, maksud lain, kita jatuh hati antara sesama manusia, kemudian semestinya akan melibatkan perasaan dan bertukar berasa gembira, bahagia. mungkin. tapi, jika hati terluka, lalu bertindak balas ke atas perasan dan berasa sedih, lalu jatuhnya titisan air yang sangat berharga, air dari takungan di mata, jatuh ke muka bumi. tipulah kalau kita semua tak pernah merasakannya. tolong buang ego sekejap boleh?

*gambar hiasan
dipermainkan oleh hati? tapi dari hati orang lain? ish memang pahit rasanya. hari ni aku seperti merasa apa yang sahabat baik aku rasa, sakit, apabilah hati diperbodohkan, dicemari oleh kata-kata dan janji manis. aku dengar dia menangis, aku tau dia seorang yang tabah, lagi lagi baru ni dia menerima dugaan yang lebih besar dari Allah SWT, Allah menduga kita dengan pelbagai dugaan, ada hikmah barangkali, hurm memang mudah untuk jatuh hati, tetapi apabila kita dah berjaya memegang sekeping hati itu, semuanya akan berubah, kita mungkin terleka, kadang-kadang kita terlupa, ada yang berfikir "tak mengapa jika dia berkecil hati denganku, kerana dia sangat cinta, kasihkan aku, tak mungkin dia berubah hati" stop, nampak disitu, rendahnya nilai sekeping hati baginya, sangat mudah, sampai bila si hati mahu bertahan dengan 'kecilan hati' tadi? si pemilik hati bukannya boneka atau barang hiasan yang hanya terletak ditempat yang sama tanpa dijaga nilainya, hurm tapi hati tidak boleh dibohongi sama sekali, dan bila ia terjadi, akan ada hati yang terluka, mungkin kita tak tahu mana silap kita, kita memberi hati kerana adanya kepercayaan. kita insan biasa yang mudah jatuh cinta, mungkin disitu silapnya. 

sekarang, tangisan pula, tangisan yang timbul apabila hati tersentuh atau terluka, pernah menangis tanpa sebab? ya aku pernah, aku tersangat la pelik. dulu, aku selalu ditemani oleh airmata. menangis adalah satu kepuasan bagi aku walaupun ia menyakitkan, membengkakkan, menjadikan mata seperti mata panda. mata bengkak, hati pun bengkak, bagus la pakej. tetapi selalunya kita menangis ada sebab tertentu, sekali saja  aku menangis tanpa sebab. itu dulu bila sepi menemaniku, bila gelap mendampingi aku, ah persetankan kisah lama. life must goes on, kita jangan sentiasa berada di takuk yang lama. kita sendiri yang kena berusaha untuk menjadi yang lebih baik. hurm tapi ok apa, menangis dapat membersihkan mata. sangat fakta, 

jadi, perihal hati juga amat penting, kita mungkin tidak dapat dapat menjaga semua hati, tapi sekurang-kurangnya kita juga punyai hati sama seperti orang lain, jadi kita tak perlu menyakiti atau melukai hati orang lain, ibaratkan itu hati kita. bila adanya ketidakpuasan hati, takut, takut timbulnya sifat benci-membenci, dengki khianat antara manusia, kita disini musuh-memusuhi, makhluk ketiga bertepuk tangan tanda kegembiraan. ya kita semua tahu tindak balas negatif terhadap perihal soal hati, hargailah hati selagi mampu, jagailah hati jika masih ada, tolong, jangan bermain dengan hati. awas! berhati hati dengan hati!
hati, u are the only exception. hayley! aku sayang kau, kau selalu faham aku T_T

notakaki: hati aku cakap aku ni mengada-ada tapi aku cakap, tak la, sikit jah. sensentap bagai ^^

Tuesday, February 15, 2011

apakebenda valentino rossi day?

salam maulidur rasul :)
haha yaaa, apa itu VD?.  weyy bosan weyy hari ni, rambut aku dah habis gugur dah sebab asyik berfikir hari ni nak buat apa je. haih tadi sana sini cakap pasal valentine's day, eh apa itu? entah aku pu taktahu, maybe valentino rossi kot, hebat betul penangan valentine ni. paderi nih. heboh sangat dok sebut sebut nama dia, baik kita sama sama selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W lebih baik. iskk

yang menyampahnya, dari tadi dekat muka buku tu dok update, dapat la sorang budak aku cedok "cedihnya, tadi pergi *bb, bukan *bodoh bangang, tapi bukit bintang,(ni aku tambah) ramai betul couple pakai baju came, dapat cokelat, bungew ros, taik kucing pun adeww, ee jealous lah takdeeew boypren" ok ulang lagi sekali tiada boypren! boypren ok! haha eeyucks dah la bahasa dia tu buat aku sakit mata, adeh =.=' eh hello, perlu ke? ok perlu ke setiap kali 14feb anda pakai baju sama, dapat coklat, bunga or what so ever. hari lain tak boleh ke? adoi yang berpeleseran dekat bb tadi, bangga sangat anda kan dapat bunga dan menyambut perayaan agama lain. haih adik, orang lain pun ada boypren, gurlpren, tapi semua okeng je tak sambut. masih ada sayang cinta lagi. jadi semua tu tak perlu, yang penting hati yang ikhlas. *nak cakap contoh aku lah tu. bahaha diam kau 
*google image

lagi satu, bukan 14feb je hari kasih sayang la, hari hari pun hari kasih sayang, dan tak semestinya boypren/gurlpren jah, sayang untuk ibu ayah, adik beradik, keluarga, kawan-kawan. jadi kata tidak pada valentines day yang haram jadah ni, kalau kita ni omputeh, mat salleh takpa jugak yang oi. nampaknya, adik adik yang masih bersekolah macam beriya iya dengan valentines day ni, budak budak sekarang boleh tahan, mana taknya dekat sekolah aku dulu, ada jugak dari kalangan pelajar yang menjual dan membantu memberi hadiah kepada yang ditujui. haha lepas tu tak silap aku, marah la cikgu cikgu kan bila dapat tahu, kot la, lama dah tinggal sekolah. entah apa2 ayat aku, haha 

ok dah la tu biar lah dorang tuh, yang penting ada kalangan kita yang sama mengingatkan satu sama lain, tak perlu nak menyambut dan membanggakan hari kasih sayang kau tu, hurm dah lah penat lah bebel, baik kita sama sama selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

notakakitangan: tengok ibubapa kita sendiri takda pun sambut valentingg ni, bahagia je sampai sekarang. Alhamdulillah