CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 19, 2010

you again


:)

subjek pemahaman. 
ingat tak subjek Bahasa Melayu zaman zaman sekolah. ada penulisan, pemahaman, tatabahasa, dll. ingat tak ? erm kegemaran kan. dan aku macam biasa la PEMAHAMAN pilihan terbaik. senang sikit tak susah macam penulisan. tak minat betul aku penulisan sebab nanti tulisan aku bila tulis panjang panjang mesti jadi buruk, lepas tu pun cikgu pun tolak lah markah sebab tulisan aku dia tak faham. haha sampai hati. grr tapi bila buat karangan dekat belog ni aku rajin pulak, tulisan pun kemas jah, 'times' lah katakan. katanyaaaa. kalau ada peperiksaan pasti A ni. ahah merepek kerepek.
ok, tapi aku bukannya nak membebel pasal bahasa melayu dan tulisan pun. sudah tentu lah Bahasa Melayu tu bahasa kebangsaan kita, kebanggaan kita :) cuma kadang kadang ada sesetengah yang tak menghargai Bahasa Melayu kita. hurm suka sangat tukarkan kepada bahasa entah pelik-pelik. haih
ok balik kepada diri aku dan subjek pemahaman, walaupun pemahaman tu aku suka  en sangat la memahami tapi bab diri sendiri ini aku rasa kadang kadang tak berapa nak faham dengan diri sendiri, korang penah rasa tak? ok kejap, ada kena mengena ke dengan pemahaman tu? entah la aku pun tak faham, <-- tengok masih tak faham. haha  aku selalu tertanya dengan diri aku sendiri, kenapa aku ni cepat sangat nak tersentuh dan lain lain. dan tak faham dengan diri sendiri, istilah apa yang aku cuba maksudkan? emosi ke? ataupun terlalu mengikut perasaan? setahu aku, dulu pemahaman yang dekat sekolah tiada la yang melibatkan diri sendiri, itu pemahaman dari subjek Bahasa Melayu itu sendiri. clear, sah aku salah faham. haha sebab kadang kadang aku berfikiran lembab jugak, ada ke patut tak memahami diri sendiri tu jadi sebab dulu dekat sekolah tak fokus waktu pemahaman tu. haha sangattt ngekk la kau aten. tapi siapa yang faham diri kita sendiri selain kita sendiri juga lah, dah kalau kita sendiri tak faham diri sendiri, orang lain lagi lah tak faham kot. tapi kita tak boleh nilai diri sendiri, orang lain yang menilai kita, mungkin sama dengan la bahagian memahami diri sendiri ni. hurm entah lahh. buntuuuu. mungkin kadang kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan, lepas tu menggangu emosi sehingga timbul tidak memahami diri sendiri bila ada salah faham antara manusia. siapa tahu."" maaf lah jika ada yang tidak sempurna dengan diri ini.insyAllah ia boleh berubah dan cuba faham dengan diri aku sendiri. yang penting kita mencuba :) suka menjadi diri sendiri, bersyukur menjadi seorang gadis bernama Fatin Nazihah Bt Zainal :)
tak merepek kan? cuba meluah apa yang tersimpul di jauh sudut hati :')

Thursday, November 25, 2010

budak budaknya :D


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA , BALAKONG , SELANGOR


sumber : RAZIN AZIZAN BIN RAZALI :) ( pengawas 2 dari kiri )
*maaf razin aku conteng sikit , takpe kan ? ;P

entry ni membuatkan aku terkenang zaman mode mode aku dulu dengan ex classmates aku , :'(
terima kasih kepada Ain Nabila yang juga post entry untuk kelasnya
sehingga membuakkan-buakkan otak dan tangan aku untuk menaip ;p
facebook ni bagus jugak kadang kadang tapi bab ni jelah , haha
semua dah berubah , HENSEM KACAK LAWA CANTIK TINGGI dah korang ni :D

zaman sekolah rendah aku dulu , biasa je . macam korang jugak :D
biasalah tu , tudung senget senget , makan aiskrim comot comot lepas tu kene tudung ,
lap kat baju ke , lepas tu hingus leleh leleh ke , HAHA ;p
6 bintang tak silap aku kelas pertama , so aku dihimpit dikalangan
kawan kawan yang pandai pandai belaka :)
jadi bila dah ramai cerdik , aku lah yang paling $#@$#@ . haha
aku rasa hampir separuh kelas aku ni bila sekolah menengah semua hilang ,
yelah semuanya dapat asrama penuh , hasrat aku nak asrama penuh hancus ! haha
*tu la ibu dulu selalu pesan , belajar sungguh sungguh ten , tapi aku ni la pemalas , haih

ok dari korang dengar aku bebel cuba la teka aku yang mana , haha
duduk dari kiri      : khalida, syafiqah razak, hartini, syafiqah, ??, faizul,
                                CIKGU MUSTAKIM yang kacak :), durga, ain,
                                hamizah, ??,
berdiri dari kanan : sumanjit, sabariah, mariam, sofiah, rosnadiah,
                                 atiqah, asila, gurpreet, kok, chitra, azzriza,
                                 ong, shannti, hayati .
belakang dari kiri : irazrul, razin, acap, hariz, afnan, wafeeq, helmi,
                                wilson, cha'er, aji, zainur, naveen, tan, afiq,
                                zulhilmi, simon, amzar.

ha yang mana satu tah aku , aku pun dah lupa , haha
setakat ni yang aku selalu jumpa dan pernah jumpa . .
azza :)) , acap classmate sampai skarng , irazrul pulak 1 kolej ,
syieqa :)) dan wafeeq . tu pun nampak wafeeq dekat urbanscapes :)
yang lain terserempak pun tak pernah , nanti kita jumpa ok ,
serious rindu korang korang <3 !
boleh tak kita nak jadi budak budak balik , best je ,
masalah pun takde :)) haha

ok penat bebel , awayy untuk beberapa hari sebab pergi honeymoon
dekat korea tahu ! aha
tak la , langkawi je :D bulan madu dengan family ! ;p

Wednesday, November 24, 2010

didih didih DADIH !

gherrrrr eyyy tak tahu nak ungkapkan macam mana , tapi memang mensirapkan ! huhhh

okay tadi aku jalan-jalan kat blog orang lain ,
semua blog orang aku tengok ,
baca then gelak kesorangan ye aku disini . HAHA
seorang pun tak terlepas tahu ! ha padan muka ! ;P
korang ni kat luar diam je tapi tang tulis tu kelakar jugak kawan aku ni , haha <3

tiba tiba aku sampai kat satu blog , aku ni takde lah pengikut setia b***** dia tu ,
tapi tadi saja je nak gedik-gedik jalan ,
tengah sedap aku selak selak blog kau , jeng jeng jeng
* jap ! selak je tahu , tak baca pun ! blog kau seorang je aku tak baca ! :/

aku ternampak dekat shout box kau !
* " ateynKERBELL : ( apa benda tah dia cakap aku lupa ) "
deyyyy bila masa aku jerit kat box kau , !
grr siapa la manusia cantik lawa guna nama aku ni , menyirap tak ?
ye ye tahu , korang tak mensirap sangat tapi aku menyirap sebabb
aku tak penah semakkan diri aku kat kotak jerit jerit kau tu tahu !
grr okay tido kejab . zZz
sapa punya kerja la ni , grr aku dapat aku gigit dia macam aku gigit peha ayam kfc !
menyirap hingga menjilat jari ! ://

nak tengok muka aku bila marah ? aku ni garang orangnya tahu !


ha macam ni lah aku nak muka time marah , comel sikit even tengah telinga keluar asap , takde la korang gelak bila tengok aku marah ,
*bukan perasan cuma nak sikit je macam ni , ala sikit je ! grr ;p
tapi tak boleh sebab . . . 


sebenarnya muka aku bila marah macam ni la !
gherr boleh ter shi shi kamu orang tahu !
sebab tu kadang kadang nak macam atas tu :)

ermm tu lah minggu lepas aku always nak mengamuk je ,
maybe sebab pressure dengan exam yang nak dekat campur project 2 yang menyulitkan tu ,
memang bersemak otak aku ni .
dah lah aku kene hacked , sungguh hasad dengki orang itu , :/ selfish !
apa tah salah aku nak hacked aku ,
dah lah tengah tensi , hamba Allah ni pulak menyemakkan lagi otak aku ,
tiada LIFE agaknya !
hormat lah sikit PRIVACY orang lain ! ngekk potong hidung dengan lidah nanti baru nak sedau !

penat jugak jadi seorang yang pemarah ni ,
orang orang tua cakap " jangan selalu marah marah , masam muka . cepat tua nanti "
betul ke ? hee entah lah , aku rasa ye kot sebab dah berkedut dah sikit muka aku ni ,
gamaknyaaa :D

so kalau taknak kena marah dengan siapa siapa pun ,
janganlah buat benda yang menyakitkan hati orang ,
sekali dua orang boleh terima lagi , tapi kalau selalu dan silap yang sama je siapa tak marah ?
kalau orang tu jenis yang suka berdendam tak ke naya korang nanti ?
nasib baik aku bukan jenis pendendam , :)
ha camno tu ? itu yang kita tak tahu tu .

Friday, November 19, 2010

selamat makan rendang daging !

dam dam dum bunyi mercun .
selamat hari raya aidiladha , hari raya Qorban . :)

puas tak makan ? puasss takkk ? puas tak ?
aku jawab TAKKKK puas , nak lagi rendang ! 
sesiapa yang mak dia buat rendang mintak makan sikit boleh ? :)
okay , minggu ni aku agak lah berserabut dengan masalah pelajaran ,
semakin nak exam semakin malas ye aku ,
rambut pun makin berbelit disebabkan lidah pun always berbelit bercakap benda yang mengarut . 
dalam otak aku , berpusing benda yang bukan melibatkan project dan 3d , macam ini !


ha si pakcik harry ini , unsur pertama membuatkan aku tak boleh
tidoq malam sampai la aku duduk kat kerusi TGV tu baru boleh tido malam tahu ,
sampai sekarang aku INSOMNIA , ;P dah besar kau HARRY !
okay then , 


unsur kedua , awards untuk yang suka menjerit . 
jyeahhh tepat sekali SHOUT awards , esok lah !
tapi err err tak dapat nak pegi , ticket terlebih-lebih ,
nak aje aku bawak ibu pergi sekali ,
haa azza said , sokay la aten , iyaz je pun bukannya Usher , ahhaha 
tapi nak jugak ! free plak tic , haihhh

ini adalah unsur unsur yang membuatkan aku tak fikir aku ada paper maut selasa ini .
dan ada lagi unsur lain , tapi unsur perasaan dan perasaan dan perasaan , ha-haha-ha !
aku malas nak cakap banyak ,
tapi dalam otak aku ketika saat ini aku tengah fikir ini , 


yess kenapa kenapa kenapa ?
sebab aku memang seorang yang pemalas ,
macam mana nak sambung degree ?
ohh okay akan dipertimbangkan :)
dan perkara terbaik sebelum waktu exam adalah setadi last minit ,
jyeahhh hebat bukan ? :-( aku tahu bukan aku seorang jah macam ni , kau pun kan ? :D
tapi ini adalah semester terakhir , so hargailah kolej anda ,
nanti rindu pulak nak exam bila dah kerja . . :/
okay aku cuba :)


*GOODLUCK MATES ! JUMPA SELASA NANTI :) <3

Friday, October 29, 2010

insan yang bergelar sahabat :')



i <3 gossipgirl

ermmm tak tahu nak mulakan bicara macam mana .
tetapi agak 'tacing' . bukan tacing merajuk-rajuk tu . hee
tacing ermm i mean tersentuh :'(
hurm

kepada kamu teman temanku ,
maaf jika aku buat salah dan terkasar  bahasa .
selama kita berkawan kadang kadang
mungkin ada yang berkecil hati ,
sedangkan lidah lagi tergigit .
aku bukan la teman sempurna .
mungkin malu untuk berterus terang .
tapi aku sayang kamu wahai temanku .

cinta kepada teman datang dari hati ,
kekasih boleh di cari tetapi teman tiada pengganti :)
 **terima kasih kerana selalu ada disisiku ketika sukar dan senang  .

dedicated to : semua temanku di luar sana
                          yang juga menganggap ku temanmu :')
                          jauh di sudut hati aku rindukan wahai semua temanku .

salam sayang . assalamualaikum

Tuesday, October 26, 2010

eh eh dah 3 lah :)

hari ini 26 oct kan :)
haihhh sekejap nya masa berlalu , sambil sambil aku garu kepala , pejam celik pejam celik
CAKKKKKKK dah 26hb da ,

kepada individu yang faham , lain kali jgn lupa k :)
bagi chances je , hahah 
okeyh mokeyh merepek .
bye . ILOVEYOU , huyooo aten :) haha
ingat kau sorang je boleh love love bagai , hahah

i LOVE today LAHHH :D

Monday, October 25, 2010

bosan dengan kau fatin nazihah !



dah macam nyonya pakai kain batik kan ? =.='

eyyy dengan kepala yang berserabut dek timbunan kerja sekolah
yang masih terbengkalai . argghh
kamu orang kat luar masih bergaya bergoyang kaki tanpa ada masalah , huaa
final exam dah dekat tapi kenapa aku dah macam orang ketagih dadah
me'online'kan diri tanpa memikir ini semester terakhir ,
cuba berhenti kejab fikir masalah gf/bf kamu orang , fikirkan assignment
PROJECT 2 dan 3D MODELLING . ;p
akhir-akhir ini dgn ketiadaan lecturer menyerabutkan lagi otak . hadoii
lagi sebulan *sebulan ke ? weyy nak final exam dan dalam lingkungan semester terakhir !
aku rasa aku baru habis spm tiba tiba aku dah nak habiskan pengajian aku , wohooo
memang tak la aku na sambung BUSINESS WITH MULTIMEDIA ni . 
dah lah dari aku merepek meroyan kat sini , 
baik aku p study , tapi nak study apa ? HAH HAHA-HA
aku pasti rakan sekelas aku juga rasain apa yang gue rasain , haha !

kalau korang sayangkan aku , wish me luck final nanti ! :)
terima kasih kasih sayang ;p
good luck kawan kawan yang nak memuntahkan apa yang korang study dalam paper nanti ! 
ok dadaa . assalamualaikum