CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 18, 2011

perlu dan tak perlu. awak pilihlah ! :)

Assalamualaikum wbt


saya seolah bangun dan tersedar dari tidur dan saya ingin berkongsi sesuatu dengan guys out there :') practice makes perfect!


&&
(!!!)

this is what a girl wants actually la buddies, (":
well, goodluck guys :'D
gunakan sebaik yang mungkin!
&&
as usual, please! dont take it easy! 
sharing is caring ;'P

fairy tale :)


101% agreed! <3
xoxo, ateng :')

Thursday, September 22, 2011

i never be the same, if we ever meet again :)

assalamualaikum guyssssss,! suppp!?

im back, yeahh setelah sekian lama, hehe ;p org peduli apa ten? haha lama dah tak membebel, blogwalking etc. hehe harap korang sihat je. :) dah taktau nak cakap apa. haha almaklumlah sekarang dah jadi pendiam :) hehe  gedik tak berubah, hahaha act taktau na update apa. ;')



ini geram, thanks sebab datang tak bagitahu. haha thanks love :')

cinta jarak jauh sebenarnya lebih baik. heheheh <3


p/s thanks sebab sudi melawat blog yang boring ni, hahha dan saya dah tau siapa yang selalu melawat dan membaca blog kitew niew! peminat setia eah? kahkah thanks awak =) hahhahah okie xoxo guys! hehe

Tuesday, July 26, 2011

setahun baby :)

happy first aniversarry my dear!

another year down, many more to go! once a year seems too rare to tell you how much you mean to me.  you mean a lot! when im around you, i know that i can totally be myself.  you are the only person i can say that about.  thank you for accepting me, loving me and caring to me.

p/s moga lepas ni hubungan kita bertambah baik, kurangnya persengketaan dan gangguan dari orang lain. for sure you know what im talkin' about ;') lets make it clear okie dokie!? hmm hcumosuoyevoli! ;'( kbai

Saturday, July 23, 2011

aku sudah jatuh cinta - LJ


Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hatiAda di hati (Yeahh..)
Kini aku temui
Jalan cerita cinta
Sekian lama mencari
Cinta..

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa
Hey, yeahh.. (Ohh..)
Hey, yeahh..X2

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cinta ku
Rasa cinta ku
Ku akur selamanya..

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cinta ku
Rasa cinta ku
Ku akur selamanya..

3 days more to go =')

Monday, July 18, 2011

selamat membesar aceri!



HAPPY BIRTHDAY TO YOU BOBOY! HAHA SORRY SIMPLE SANGAT. :'( JANJI SAYA DAH NAMPAK AWAK TENYUM TENYUM ;P 
takdak nyanyi2 bagai, sbb awk pemalu sgt. kahkah

haha selekeh, time ni muda sikit ;p

i wanna be the girl that he talks to his friends about, i wanna be the girl that always comes first, i wanna be the girl he never wants to leave alone, i wanna be the girl who's hand he's holding, i wanna be the girl he looks at and smiles and then says to his friends, "that's her, she's the one!" love you asri, happy birthday bubu! 


p/s malas mak wish panjang2 sebab orang dah terlampau banyak wish kan untuk awak kan? penat la jadi orang banyak cakap ni. ;P  semoga awak ingat ok. hcumosuoyevoli <3 :) may ur wish come true :')

Monday, July 4, 2011

titew windu tangat kat ambot niew, kahkah :'(


kontot! :'(

demmm la rindu la weyhh, nak nangis pun da tak guna da, i miss yuu my creepy hair! hahaha tu lah orang degil selalu rugi. hurm sedih lagi, bila la nak macam ni =) selalu. hurm kbai, semoga bulan july ni tahun ni lebih bermakna buat aku :') Amin

p/s aten, orang berpuasa kena sabar ok. hurm kbai piu piu!

Monday, June 20, 2011

hb hb hb my dear keyya!

happy bornday love
happy birthday to you, may God bless yuuuuu ! dah 21 tahun dah keyya, dah besar ni, dah dapat kunci ;p haha wish yuu have a great day on your day! :)) semoga sentiasa bahagia bersama keluarga dan PANJANG <3 hehe cepat-cepat la sikit, tak sabar nak makan nasi minyak ni ;p



HBTY

Wednesday, June 8, 2011

that is how it goes.



After all these months, all this time, so much has happened. the talks, the phone calls, the laughs, and the feelings. if i were to look back on them, i would never believe that, that person was once me. i wouldn't recognize that girl because she's so different from me. but i guess changing & moving on is part of growing up. im growing up and finding out what kind of person i want to be for the rest of my life. and maybe in the future, there are more changes to come, but as for right now, this is who im proud to be.

Tuesday, June 7, 2011

be yourself . ROFL

Assalamualaikum wbt


there is no wrong dear!
hee best gila kan bila kita ni betul-betul ada pengikut setia? rasa macam celebrity pulak seminit. haha memang true follower betul. terima kasih banyak-banyak sudi ambil berat, tihiii *terharu kejap, ptuihh haha sentiasa mengambil berat je 24 jam, bahhaha pengikut setia atau pentiru setia memang hebakk, hebak sangak, kuar dah ganu. haha koya! haha kenapa tanak jadi diri sendiri? Allah SWT dah cipta hamba2Nya dengan pelbagai rupa dan perangai, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada, tak perlu nak jadi macam orang lain, kenapa perlu jadi orang lain, jadi diri sendiri kan best, kalau kuat makan macam aku memang aku kuat makan haha tak jadi macam diri orang lain, makan nak kena cover-cover. haha just be yourself whenever you are or whatever you are, definetly people will love you :) accept you the way you are :) hehe apa salahnya kalau jadi diri sendiri? tak rugi apa-apa kalau jadi diri sendiri. jadi hargailah diri anda dengan menjadi diri sendiri. chow chillax!

ingat lah orang yang tersayang XD

Thursday, June 2, 2011

miss ya guyss!

whoa lama tak jumpa korang kan, kawan baik saya dari sekolah menengah teknik! :') rindu dekat korang, bila la nak jumpa semua, selalu jumpa mesti tak lengkap, hehe rindu kat korang, dulu makan sama, tidur sama, pergi sekolah sama, kena denda tak pergi surau sama-sama ;P kantoi hp sama-sama. kena cubit dengan mama ros sama-sama, haha serious rindu korang!! :'( haha semoga korang semua sihat selalu dan kacak-kacak selalu! haha


fiffy liyana ameyrra bt md noh
fiffy si budak cengeng, 1 katil dengan aku, katil double decker  tapi dia atas aku bawah, haha tapi disebabkan dia ni penakut sikit, dia tidur la sebelah aku, kiranya 3 org la kat bawah tu. haha kembar aku, orang cakap muka nak sama, haha pergi mana-mana semua dengan dia, hee pergi toilet pun sekali, hahaha kalau aku malas dia pun malas, kalau dia pulak malas aku pun jadi malas, tp kitaorang skema sikit, hahah ko kuat bercakap, orang panggil dia katak hijau, haha merangkap doc peribadi aku, kalau sakit dia la yang jaga aku, dan sebaliknya la, hee bila aku sedih happy semua dia la yang dengar, penceramah bebas ;p selalu marah kalau aku buat apa2 dekat budak *tutt haha aku tahu kau faham, tapi tu dulu, hee backup besau aku ni, manyak langsi woo, hahaha
love you beshtie :)

nurul fauqiah bt mohd razikin
cik keyya gf panjang ni yang banyak bercakap jugak, haha partner sama sama kurus ni, hee kau dengan aku sama je, bila tah nak gemok la keyya, haha grr harap porut jo, haa :( keyya ni bukan classmate aku pun, dia kelas sebelah tapi taktau camna bole rapat, oo haha baru ingat start rapat bila aku jumpa dia dalam ktm, haha lepas tu selalu borak lepak semua, lagi satu sebab aku KRS, kau pun KRS, tapi kadang-kadang aku pandu puteri pulak sama dgn tqa, haha plus sebab rumah dia dekat dengan aku, selalu balik kl sama-sama. haa dia ni KD dorm dia tapi, hahahah malas nak cerita, haha KD pun bawak hp la, hahah grr dulu selalu tak sihat kat sekolah, kau kena kuat makan vitamin mcm aku ;p dan kau yang paling kerap aku jumpa sebab kau dekat je, aku jerit pun da dengar haha
love you beshtie :)

sharifah nadia bt syed mohd ramli
also known as nadia! haha nad nad, dia ni memang peramah, banyak cakap la nad, ahha aku kalau jumpa dia, kalau tengah sedih ada masalah for sure takkan sedih kalau dengar dia cakap, haha dia pun bukan classmate aku jugak tapi sebab 1 course, plus dia classmate keyya. alang-alang rapat la sekali, haha lagipun dulu dia selalu pergi sekolah lambat sama mcm aku dengan fiffy so sekali la dia join kitaorg, hee habis je spm, aku kerja jusco dengan dia, haha memang kelakar nad time kerja, datang lambat, miss goh muka dah cuka dah, hahahha
love you beshtie :)

nor isfarina bt ismail
nama pemes belon yang comel, hehe belon classmate saya, tapi tak satu dorm, dia 1 dorm dengan keyya, pqa. aku tqah dengan belon, ktorg agak tapi memang kot malas sikit, hee dalam kelas selalu ngntok, taktau kenapa, haha ;p paling tak suka sub add math, grr tapi taktau la belon, hee cikgu pian yang garang tapi kacak yg ajar, ahah belon suka kan ;p haha dah lama kan belon kita tak pergi holiday macam dulu :') rindu kat kancil awak :)) rindunya, saya dah lama tak jumpa awak tau, grr
love you beshtie :)

atiqah bt shamsudin
aka tqa, iqa, hee tqa rindu kat kau lama tak jumpa kau. grr tqa ni pemes dulu kat sekolah, sawi la nama sayuran semua nak kenal dia, haha kelakar, tqa classmate aku dari form 4, dia ni comel je, suka tengok dia, lembut je, hee  tapi dalam lembut ada jugak tegas dia ni, satu dorm dengan nad, haha kitorg selalu sama-sama  pemalas kan tqa, haha paling aku malas nak turun pergi bengkel ke/lk. rindu nak pergi kelas malam2 kan dgn belon sekali, bila la nak jumpa gf bangau ni :) dari sekolah still sampai sekarang, :") pray fer u dear :)
love you beshtie :)


nur syafiqah bt mohd roslan
atau pqa, pqa yang kuat bebel dekat sekolah, banyak bercakap, suara dia tu penting, haha cara gelak sampai sekarang tak berubah, hahah pqa pqa. gf si paranormal ni, hehe bila la agaknya ya pqa ya? ;p kat sekolah pemes antara warden warden, hee aduh kelakar la, sekarang pqa lain sangat dah matang tak macam aku lagi;p haha pqa ni sorang je sesat awam, kitaorang semua budak current la, haha ;p
love you beshtie :)

rindu weyh kat korang, korang dengar tak semua anak buah mama ros dgn cikgu fadzillah, haha :') aku tulis pasal sorang sorang macam ni da macam zaman sekolah pulak, macam tulis biodata bagai, rasa macam sweet seventeen la, hahha sukati la, terima kasih kat korang kerana menjadi sahabat baik saya sehingga kini even kita da lama sangat tak jumpa. k la bai. takecare ;')

Thursday, May 26, 2011

sayang bukan rahsia

Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya. Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....
 Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku! 
 Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo! Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..    Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni. 
 Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je. Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu. 
 Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin, tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak. Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.
"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke? 
"Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan. 
"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?" 
Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia. 
"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."
Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu. 
"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."
E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki. 
"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?" 
"Salam. Isteri?" 
"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"
Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?
"Hello?"
"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call.
Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"
Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.
"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"
Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.
Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

Wanita, 
Tercipta dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi, 
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tetapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi.

thanks taca :')

Saturday, May 21, 2011

forever

pembimbing rakan sebaya! haha

thanks to you guys, serious lama ta jumpa korang, rindu, rindu sangat nak pergi kelas, rindu nak tidur dalam kelas, rindu Mr Morgan, "doesn't make sense or not?" haha ;p rindu nak jalan kaki dari klcc sampai kolej then kena kejar anjing, haha rindu olan, rindu MMC,  haha imy guys, semua dah bekerjaya sekarang, dah besar dah semua, goodluck! ;') 

jadi setelah untuk berbulan lamanya,menghabiskan masa dengan mencari rumah makan yang paling tepat, ;p then makan, borak, haha lastly wayang again, and this time, feat pilih movie PAUL, haha the most funniest movie that  i've seen. ever! haha. i wanna watch it again and again! kanak ribena tidak digalakkan. haha!




banyak berjasa :'(

p/s kamsamida untuk feat yang menghasut saya memecut 200km untuk mengejar train, haha thanks feat! haha grr hehe thanks a lot guys, nanti kita jumpa lagi, sebab separuh je yang ada, hurm and and tunggu la poket penuh sikit, sebab saya tengah kegawatan ekonomi! haha ;'p dan haritu jugak saya nampak something yang tak sepatutnya, grr haha chillax, :) kthanksbai

forever

hee lama saya tak jumpa kawan baik saya dari kecik ni, gahahha kangen tauk! haha jalan-jalan teman azza dengan iez then tengok wayang, 

dia iskandar :)
dia azzriza :)
her bestfriend, his bestfriend and my bestfriends :)

menghabiskan masa dengan Red Riding Hood, worth it! sebab i love peter! haha

shiloh, dayummmmmm you werewolf! <3

Wednesday, May 11, 2011

kadang-kadang

kadang-kadang kan kita kan suka cakap kadang-kadang tau. kadang-kadang kita leka yang kita ni asyik je sebut kadang-kadang, kadang-kadang bila kita sebut kadang-kadang tu kita ingat memang kadang-kadang je kita sebut, haha tapi kenapa kan mesti kadang-kadang? selalu-selalu tak boleh eh? jarang-jarang pulak? haha dah macam teka teki Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pulak, hehe 

ada banyak kadang-kadang yang aku selalu dengar, sometimes :)

  • kadang-kadang kita selalu cakap kita takda pape *im fine tapi sebenarnya ada benda yang kita rasa sakit nak pendam.
  • kadang-kadang kita suka buat kerja yang tak berfaedah tapi sebenarnya banyak lagi yang berfaedah cuma kita malas nak buat.
  • kadang-kadang benda yang orang lain larang kita buat tu la lagi kita nak buat.
  • kadang-kadang kita rasa kita ni la paling cool la apa la, tapi sebenarnya ramai lagi yang cool.
  • kadang-kadang kita sebenarnya memang tengah marah tahap tak boleh kawal lagi, tapi kita selalu simpan sebab tak nak orang yang tak salah kena tempiasnya.
  • kadang-kadang kita selalu rasa rendah diri, rasa tak yakin dengan diri sendiri.
  • kadang-kadang kita nak yang sempurna untuk diri kita, tapi diri kita tu kita rasa sempurna tak untuk orang lain.
  • kadang-kadang kita kena selalu mencuba, jangan cepat mengalah.
  • kadang-kadang kita nak dia taknak, dia nak kita taknak.
  • kadang-kadang kita selalu berada diatas, dan kadang-kadang kita pula berada dibawah.
  • kadang-kadang kita buat orang, orang lain pula akan buat kita.
  • kadang-kadang bukan selalunya mendung, mungkin akan terbit juga matahari.
  • kadang-kadang ada je orang tak suka kita padahal kita tak pernah pun buat salah kat dia.
  • kadang-kadang ada je orang menyebok hal kita, tapi bila orang lain pula duduk celah kain dia, dia tau pulak nak marah.
  • kadang-kadang kita suka menghakimi diri orang lain, tapi bila orang lain mengahakimi diri kita, kita marah.
  • kadang-kadang kita selalu cakap budak tu mengada-ada la, bajet cun la apa la, tapi diri kita camna pulak? hensem kacak cantik bergaya?
  • kadang-kadang kita suka makan asikrim tapi sebenarnya kita suka makan coklat.
  • kadang-kadang kita ni taklah kejam sangat,
  • kadang-kadang kita ni bila susah baru nak cari orang lain, bila senang, diabai-abaikan.
  • kadang-kadang kita sayang ibu lebih dari ayah.
  • kadang-kadang kita buat baik kat orang, 1000x ganda orang tu akan balas kebaikan kat kita.
  • kadang-kadang kita ni terlupa untuk tengok cermin, untuk cermin diri sendiri.
  • kadang-kadang  ada jalan yang mudah, tapi kadang-kadang kita selalu pilih jalan yang sukar.
  • kadang-kadang ada orang yang betul betul mencintai menghargai dan tak berputus asa dengan kita tapi kita seolah tak nampak kewujudan dan kehadirannya.
  • kadang-kadang suka jadi pekak dan buta.
  • kadang-kadang ada cekodok depan kita, tapi kita pilih nak makan lamb chop.
  • kadang-kadang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
  • kadang-kadang kita ni selalu degil, kepala batu taknak dengar cakap orang.
  • kadang-kadang kita selalu tewas dengan emosi kita.
  • kadang-kadang kita suka terikut sangat dengan perasaan.
  • kadang-kadang kita rasa kita je betul tapi sebenarnya salah kita jugak.
  • kadang-kadang kita sukar nak mengucapkan perkataan maaf walaupun ia salah kita.
  • kadang-kadang kita terlupa atau terleka ada orang lain yang lebih memerlukan kita.
  • kadang-kadang kita terlupa atau terleka ada orang yang lebih hidup susah dari kita. jadi bersyukur lah dengan apa yang ada. 
  • kadang-kadang kita kena mesrakan diri kita agar lebih ramai menyayangi dari memusuhi.
  • kadang-kadang kita bila dah senang kita lupa untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT.
  • kadang-kadang kebenaran tu menyakitkan, tapi kita kena redha menerima.
  • kadang-kadang kita suka mengarut, tapi aku rasa aku dah terlebih mengarut kot ni ;p
kadang-kadang yang aku cakap kat atas ni macam prefer diri sendiri je, heh lagipun ni kadang-kadang yang aku selalu dengar, kadang-kadang ni tiada kena mengena dengan orang lain mahupun yang hidup atau meninggal dunia. tapi paling aku suka KADANG-KADANG TAK SEMUA YANG KITA NAK KITA BOLEH DAPAT, YANG PENTING KITA USAHA :') banyak kan kadang-kadang dalam hidup kita ni, banyak lagi sebenarnya tapi aku pun dah letih nak taip, kadang-kadang aku ni pemalas jugak, haha harap ada orang lain yang sambung kadang-kadang ni sebab aku pun nak buat pengajaran  :) kbai assalamualaikum

Monday, May 9, 2011

apakah apa?

dup dap
hati ini berdegup
kalau lah hati ini boleh berbicara
sudah lama dia meluahkannya
tapi dengan cara apa..

hati ini sudah penat memendam
menunggu sesuatu yang tak pasti
ya terkadang hati ni suka bermain dengan minda
permainan bersama minda
mengelirukan benda yang tak nampak dengan mata kasar

 pedih rasanya hulu hati apabila
digambarkan
 ianya tersimpul rapi
menyimpan 1001 soalan
yang empunya hati juga keliru 
dengan apa yang tersimpul
seperti menjawab soalan sendiri
bingung
apakah ini..

satu hari nanti
persoalan dilubuk hati ini pasti terjawab
tapi bila waktunya
si hati tertanya-tanya
bersungguh-sungguh
menuggu dan terus menunggu
dengan pelbagai spekulasi
dan tiba saatnya
akan terjawab kepada empunya diri lalu
membuka kunci pintu hati 
sama ada menerima atau tidak
ujian sebuah keredhaan..
kusut, kusut. apakah ini?

Sunday, May 8, 2011

ibu

ibu lagi kecik senang nak huggg ;'p

selamat hari ibu :) tidak salah untuk meraikan hari ibu untuk menghargai dirinya.. syukur Alhamdulillah kerana saya dipilih untuk menjadi zuriatnya. terima kasih kerana menjadi ibu yang paling terbaik. :'( terima kasih dengan segala pengorbanan dan kasih sayang yang cukup bagi seorang ibu. membawa saya kesana ke mari selama 9 bulan.. ibu adalah orang yang paling memahami dan dekat dengan diriku. ketika saya suka, sedih dan kecewa dia sentiasa berada disisi saya dan tidak putus memberi semangat untuk meneruskan hidup sebagai seorang manusia yang berguna. nilai harga cinta seorang ibu tidak boleh dijual beli dan begitu juga cintaku kepada ibu <3


I Learned From You



I learned about love from you,
Watching your caring ways.
I learned about joy from you
In fun-filled yesterdays.


From you I learned forgiving
Of faults both big and small.
I learned what I know about living
From you, as you gave life your all.


The example you set is still with me
I'd never want any other.
I'm thankful for all that you taught me,
And I'm blessed to call you "Mother."



By Joanna Fuchs


nice video matluthfi :')

notakaki : hargailah seorang ibu selagi dia masih ada. syurga dibawah tapak kaki ibu :) satu hari nanti aku pun akan menjadi seorang insan yang bergelar ibu, mama etc semoga nanti saya juga menjadi seorang ibu yang sempurna untuk keluarganya. Amin. hehe kbai assalamualaikum